
ALLAH S.W.T selesai menciptakan Malaikat Jibrail A.S dengan bentuk yang cantik,dan ALLAH S.W.T menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang,sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap).Setelah itu Malaikat Jibrail A.S memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku,adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih daripada aku?
Lalu ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud..”Tidak “
Kemudian Malaikat Jibrail A.S berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada ALLAH S.W.T dan tiap-tiap rakaat itu selama 20,000 tahun.