...Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad...

IKLAN

SALJI





















Sabtu, 30 Julai 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Dikesempatan ini ana dengan rasa sukahati dan perasaan tidak sabarnya mengucapkan Ahlan wa sahlan wa marhaban Ya Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini akan kita lalui dengan penuh ketakwaan kepada Allahu Subhana Wataala. Semoga diringankan oleh Allahu Subhana Wataala tubuh, badan dan seluruh anggota zahir dan batin kita dalam mempertingkat ketakwaan dan ketaatan kepada Allahu Subhana Wataala yang Maha Agung. Seperti kata Sheikh Zainul Asri iaitu pada Ramadhan tahun ini,kita pecut tunggangan kita semaksima mungkin dan gunakan highway Ramadhan dengan motorsikal kuasa laju.


Al Habib Kadzim juga semasa kunjungan Masjid Al Falah baru-baru ini ada menyatakan kalau muslim di Mekah dan Madinah boleh solat tarawih 20 rakaat, kepada kita di sini tidak boleh usahakan untuk melakukan sebanyak 20 rakaat. Insya Allah, sama-sama kita tanamkan azam untuk melakukan solat terawih 20 rakaat disamping solat tasbih, solat sunat dsb.Semoga Madrasah Ramdhan tahun ini akan melahirkan insan muslim yang betul-betul bertakwa disisiNya ( Allahu Subhana Wataala)..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan