...Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad...

IKLAN

SALJI





















Ahad, 13 Januari 2013

SEJARAH TARIQAH AL-IDRISIAH


Al-Tariqah al-Idrisiah adalah sebuah Tariqah yang muncul dan berpusat di Asir,(Arab Saudi) pada abad ke-19 M. Ia didirikan oleh Syarif Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris 'Ali al-Mashishi al-Yamlakhi al-Hasmi radhiAllahu 'anhu. Semenjak kecil lagi Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu dididik dalam suasana yang penuh dengan kezuhudan dan keilmuan dan telah berguru dengan beberapa ulama dan ahli sufi yang termasyhur di zamannya. Melihat pada latar belakang pendidikan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu, ternyata beliau mempunyai sanad yang merangkumi semua bidang ilmu terutama hadith, tafsir, fiqh (4 mazhab) dan tasawwuf. Sekiranya kita meneliti rantaian sanad yang diperolehi oleh ulama’ dunia seperti al-Muhaddith Tuan Shaykh Yasin al-Fadani radhiAllahu 'anhu, Tuan Shaykh Sayyid Abbas ibn Abdul Aziz al-Maliki radhiAllahu 'anhu, al-Muhaddith Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ibn ‘Alwi al-Maliki radhiAllahu 'anhu dan ulama-ulama lain, kita akan mendapati nama Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu tertera di dalam rijal sanad mereka. Juga, beliau masyhur meriwayatkan hadith Musalsal dan mempunyai sanad ‘Aali [1] misalnya sanad periwayatan di antara Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu dan Imam al Bukhari radhiAllahu 'anhu hanya mempunyai 9 perantaraan. Shaykh Yasin al-Fadani Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki Sayyid Abbas ibn Abd 'Aziz Al-Maliki Selain daripada mempelajari al-Quran, Hadiths, ilmu Tafsir, Aqidah dan Fikh, beliau telah mempelajari ilmu tasawuf sampai mendapat ijazah untuk mengajar ilmunya dari seorang sufi pimpinan Tariqah Khidriah, yakni Tuan Shaykh Sayyid Abu Al-Mawahib Abdul Wahhab at-Tazi radhiAllahu 'anhu. Gurunya yang lain dalam bidang tasawuf adalah Tuan Shaykh Abdul Qosim Al-Wazir radhiAllahu 'anhu(Tariqah Syaziliah) dan Shaykh Hasan Al-Qina’i (Tariqah Khalwatiah) radhiAllahu 'anhu.[2] Di sini nampaknya beliau mendalami dan mengajarkan bermacam Tariqah lainnya. Beliau telah menerima beberapa tariqah seperti Tariqah Naqshabandiah, Qadiriah, dan lain-lain lagi.[3] Juga, diriwayatkan oleh Tuan Shaykh Muhammad bin Ali as-Sanusi radhiAllahu 'anhu bahawa sewaktu dia belajar daripada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu, beliau telah mengajarinya selain Tariqah Khidiriah juga Tariqah lain seperti Nasiriah, Naqsyabandiah, Uwaysiah, Suhrawardiah, Shadziliah, Hatimiyazamqiah dan Qadariah, sehingga Tuan Shaykh Muhammad As-SanusiradhiAllahu 'anhu menganggapnya "Qutb". [4] Yusuf bin Ismail al-Nabhani pengarang kitab Jami' Karamat al-Auliya, menggambarkan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu sebagai orang yang berhasil menghimpun dan menguasai ilmu zahir (syari'ah) dan ilmu batin (tasawuf); memiliki kemasyhuran dalam ilmu al-Quran dan Hadiths, suatu ilmu yang diperoleh melalui Kasyf. Al-‘Arif billah Tuan Shaykh Sayyid Muhammad al-Sanusi radhiAllahu 'anhu menamakan tariqah ini dengan al-Tariqah al-Muhammadiah. Beliau berkata, “Aku meriwayatkan al-Tariqah al-Muhammadiah ini dari pelbagai sanad. Sanad tertinggi yang kami ambil ialah daripada syeikh kami Qutb al-‘Arifin Imam al-Muhaqqiqin Maulana Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu…”[5] Dari sudut keistimewaannya, ia merupakan tariqah yang dinisbahkan kepada Nabi shallAllahu 'alaihi wasallam Semua perkara yang terkandung di dalam tariqah ini, merupakan ambilan dan cedokan daripada Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam dan Sunnahnya. Sementara Shaykh kami, Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu pula menamakan tariqah ini dengan Ahmadiah, sempena dirinya sendiri – semoga Allah menyucikan rohaninya – kerana Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam mengkhususkan tariqah tersebut kepada beliau dengan zikir yang lengkap, doa yang penuh rintihan dan sumber yang banyak.[6] Beliau mendapat ajaran Tariqahnya sendiri langsung daripada Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam [7]. Dalam pertemuan suri di antara Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu dengan Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam itu, Nabi Allah Khidr 'alaihis salam hadir sama. Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam telah mengarahkan Saiyidina Khidr 'alaihis salam supaya mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu akan ayat-ayat dzikir Tariqah Syaziliyah. Kemudian, Baginda shallAllahu 'alaihi wasallam menyuruh Nabi Khidr 'alaihis salam mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu akan dzikir, selawat dan istighfar yang terbesar dan terafdhol sekali. Maka Nabi Allah Khidr 'alaihis salam mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu lafaz Tahlil Khusus, Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir. [8] Dalam pertemuan itu juga, Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam menerangkan kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu sudut keutamaan dan rahsia-rahsia Tahlil Khusus, Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir tadi. Selepas itu Baginda shallAllahu 'alaihi wasallam mentalqinkan dzikir itu kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu tanpa perantaraan. [9] Maka lahirlah sebuah tariqah yang agung yang dipimpin dan disebarkan oleh al-Qutb al-Muhaqiqqin Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu ini. http://www.ahmadiah-idrisiah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan