Isnin, 7 Januari 2013
PASTI ADA HIKMAHNYA
Alkisahnya disebutkan bahwasanya dalam sebuah negeri ada seorang Sultan. Baginda mempunyai seorang penasihat yang mana gaji yang sultan bayar kepadanya amat besar semata-mata tujuannya ialah menasihati kepada Sultan dalam sesuatu perkara.
Setiap perkara yang berlaku apabila sultan bertanya kepada penasihat itu, maka dengan tenang penasihat itu menjawab " Pasti ada hikmahnya".
Apa sahaja yang berlaku bila Sultan minta nasihatnya, maka dia menjawab " pasti ada hikmahnya".
Pada suatu hari, Sultan telah ditimpa kemalangan yang mengakibatkan ibu jarinya terputus. Bila ditanya kepada penasihatnya itu, maka penasihat itu menjawab " Tuanku, pasti ada hikmahnya".
Setelah mendengar jawapan yang berulangkali perkataan yang sama dari penasihat, Sultan pun murka kepada penasihat kerana merasakan kerugiaan kerana membayar gaji yang besar kepada penasihat yang tidak dapat menasihati baginda tetapi hanya mengatakan " Pasti ada hikmahnya".
Maka Sultan telah menjatuhkan hukuman penjara kepada penasihat tersebut..
Pada suatu hati, Sultan telah keluar berburu berseorangan di hutan. Ketika sedang berburu, sultan telah ditangkap oleh oleh asli yang makan daging manusia.
Setelah ditangkap, sultan tersebut diikat dan ingin dipotong-potong untuk dimasak.Telah menjadi syarat kepada orang asli tersebut yang mana sekiranya ingin memakan manusia, manusia tersebut mestilah tidak cacat anggotanya.Setelah diperiksa ternyata Sultan adalah orang yang cacat ibu jari tangannya. Maka sultan pun dilepaskan.
Setelah dilepaskan, Sultan telah bergegas pulang ke istana dan orang pertama yang tuanku jumpa ialah penasihatnya tadi dan menceritakan segalanya kepada penasihat tersebut.Itulah antara hikmah tangan Sultan terpotong.
Penasihat tersebut juga berkata dalam hatinya, aku dipenjarakan juga ada hikmahnya. Sekiranya aku tidak dipenjarakan pasti aku akan disuruh untuk ikut serta berburu.Dan kalau orang asli itu menangkap aku bersama Sultan pada ketika itu, pasti akulah yang disembelih mereka manakala Sultan dilepaskan kerana jari tangan cacat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan