...Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad...

IKLAN

SALJI





















Selasa, 13 Ogos 2013

IJAZAH HABIB MUNZIR ALMUSAWA

IJAZAH BERTULIS Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh, kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda, Saudaraku Mohammad Hazri bin Omar yg kumuliakan, hamba ijazahkan pada anda shalawat yg paling hamba cintai, yg diajarkan langsung oleh Rasul saw pada hamba dalam mimpi, yaitu : ALLAHUMMA SHALLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA AALIHI WA SHAHBIHI WASALLIM anda boleh membacanya kapan saja dan berapa saja tanpa batas waktu dan jumlah. hamba Ijazahkan pada anda sanad keguruan hamba kepada anda, yg bersambung sanadnya kepada Guru Mulia kita, hingga Rasulullah saw, ia adalah bagai rantai emas terkuat yg tak bisa diputus dunia dan akhirat, jika bergerak satu mata rantai maka bergerak seluruh mata rantai hingga ujungnya, yaitu Rasulullah saw, semoga Allah swt selalu menguatkan kita dalam keluhuran dunia dan akhirat bersama guru guru kita hingga Rasul saw.

Ahad, 14 April 2013

BELAJARLAH DARI MASA SILAMMU


Alhamdulillah. Segala puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Allah SWT atas nikmat Iman dan Islam yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Alhamdulillah, segala puji bagiMu jua Ya Allah Dzat Yang Maha Suci kerana telah memilih kami sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW.Kekasih kedua selepas Allah SWT dan tiada pengakhirannya. Pengalaman adalah cikgu terbaik yang mengajar kita erti sebuah kehidupan sebagai seorang Muslim yang sejati. Seseorang Muslim itu perlu mengharungi rintangan dan cabaran serta dugaan dalam mencari jalan yang disebut takwa kepada Allah SWT.

Selasa, 9 April 2013

ADAB KITA BERJIRAN


Bismillahirahmanirahim.Kumulai titipan ini dengan ucapan Alhamdulillah.Segala puji kita panjatkan kehadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita.Nikmat dilahirkan sebagai Umat Nabi Muhammad SAW.Selawat dan salam ke atas Sayyidina wa Maulana Muhammad SAW, ke atas ahli keluarga baginda SAW, keatas sahabat baginda SAW dan seluruh para Tabi' Tabien dan orang-orang soleh selama-lamanya.Amin... Nabi SAW bersabda yang bermaksud " Demi Allah 3X, Tidak beriman seseorang kamu sehingga jiran kamu merasa selamat daripada kamu". Tuan/puan yang kumuliakan, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan Tuan/Puan sekalian agar marilah kita menjadi hati dan perasaan jiran kita sebaik mungkin.Jangan kita sakiti perasaan jiran kita.Tunjukkanlah muka yang manis dan senyum apabila berjumpa dengan mereka supaya mereka gembira. Alihkanlah segala benda yang boleh menyakiti mereka.Biarkan pemandangan mata mereka tidak diganggu yang benda-benda yang membuatkan mereka berduka.Janganlah kita mengumpat dan mengata mereka.Marilah kita membela mereka apabila mereka dianiaya dan sebagainya. Semoga Allah SWT dan Rasul SAW suka dan redha kepada kita. Wallahu A'lam.Sollallahu Ala Sayyidina Muhammad SAW.

Isnin, 8 April 2013

PENYEJUK MATAKU


Dari Kiri AlMusnid Syeikh Muhammad Hussain, Almusnidah Siti Khadijah, AlMusnid Syeikh Muhammad Hassan dan AlMusnidah Siti Fatimah Az Zahra Hafizohullahu Taala Ajmain.Amin.:)

KASIH SEORANG AYAH

Seorang ayah amat menyayangi anak-anaknya. Kasih Ibu dan Ayah membawa ke syurga. Kerana redhanya Allah SWT bilamana Ibu dan ayah redha pada anaknya Anak perempuan dan lelaki amat berbeza cara penyampaian kasih itu itu walaupun sama tapi berbeza penyampaiannya.Kesamarataan amatlah kita perlu jaga diantara anak-anak kita kesemuanya.Sentiasalah Ibu dan ayah itu mendoakan mereka dengan doa " Barakallahu fika untuk lelaki dan fiki untuk perempuan.Allahu Faqehum Fiddin WaalimHum Takwil.Amin..:)

BERSELAWATLAH KEATAS RASULULLAH SAW SEBANYAK-BANYAKNYA....

Ya Sayyidi Rasulullah SAW. Kami amat menyintai Tuan. Akhlak Tuan menyebabkan kami jatuh cinta kepada Tuan. Kisah -kisah Tuan kami telusuri yang bisa membuatkan hati ini luluh dan mata ini mengalirkan air mata kerana cintanya ka mi kepada Tuan. Ya Rasulullah SAW, kami ini banyak melakukan dosa dan maksiat.Kami ini umat Tuan yang lemah. Kami cuba sedaya yang terupaya untuk menyampaikan risalah yang Tuan bawa semampu kami sebagi tanda buktinya cinta kami kepada Tuan.Ya Sayyidi Rasulullah SAW izinkan kami memeluk, mencium dan bersama Tuan di dunia dan akhirat.Aminnn...

Khamis, 21 Mac 2013

BERSAMA PARA MASYAIKH DI DARUL HASANI


Dari kiri Ustaz Dr. Abdul Rahman, Ustaz Abdullah Abu Zahrah,Syeikh Abdul Jalil Al Bakri, Syeikh Muhammad Husni Ginting Al Langkati, Syeikh Ahmad Jamhuri AlBanjari AlMakki dan Syeikh Rohimudden Al Bentani Hafizohullahu Taala.Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesihatan yang baik dan perlindung kepada para masyaikh kami.Amin...

SUNNAH SERBAN


NUKILAN HABIB MUNZIR ALMUSAWA HAFIZOHULLAH saudaraku yg kumuliakan, menggunakan sorban adalah sunnah, dan mendapat pahala jika mengamalkannya, dan bukan merupakan pangkat atau derajat ulama tertentu, namun hal itu di Indonesia dijadikan semacam tanda pengenal bagi ulama, namun siapapun ummat Muhammad saw berhak memakainya. berikut hadits bahwa Rasul saw memakai imamah : 1. dari Amr bin Umayyah ra dari ayahnya berkata : Kulihat Rasulullah saw mengusap surbannya dan kedua khuffnya (Shahih Bukhari Bab Wudhu, Al Mash alalKhuffain). 2. dari Ibnul Mughirah ra, dari ayahnya, bahwa Rasulullah saw mengusap kedua khuffnya, dan depan wajahnya, dan atas surbannya (Shahih Muslim Bab Thaharah) 3. para sahabat sujud diatas Surban dan kopyahnya dan kedua tangan mereka disembunyikan dikain lengan bajunya (menyentuh bumi namun kedua telapak tangan mereka beralaskan bajunya krn bumi sangat panas untuk disentuh). saat cuaca sangat panas. (Shahih Bukhari Bab Shalat). 4. Rasulullah saw membasuh surbannya (tanpa membukanya saat wudhu) lalu mengusap kedua khuff nya (Shahih Muslim Bab Thaharah) dan masih belasan hadits shahih meriwayatkan tentang surban ini, mengenai hadits hadits dhoif yg mereka katakan tentang kemuliaan surban, seandainya kesemua hadits itu tidak ada, cukuplah hadits Nabi saw : "Barangsiapa yg tak menyukai sunnahku maka ia bukan golongangku" (Shahih Bukhari). silahkan bantah sunnah Nabi saw, dan itu tanda keluarnya mereka dari ummat Nabi saw. Imam Syafii mengeluarkan fatwa bila seorang muslim menghina sunnah maka hukumnya kufur. Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga sukses dg segala cita cita, semoga dalam kebahagiaan selalu, Wallahu a'lam

Rabu, 20 Mac 2013

BERSAMA AKHI ALIF HENG


Al Faqir bersama Abg Alif Heng. Sahabat yang sangat baik.Semoga Allah SWT mengurniakan kebijaksanaan yang luar biasa kepada beliau.Amin......

MAJLIS ULANGTAHUN KE-10 MAJLIS TAFFAQQUH FIDDIN ALBANJARI PONDOK LEDANG,JB


Gambar ini diambil sempena Sambutan Sepuluh Tahun Majlis Tafaqquh Fiddin AlBanjari Pondok Ledang. Saat yang paling indah bila bersama Syeikh Ibrahim Hafizohullah yang sentiasa bermuka manis kepada anak muridnya. Kami sangat menyayangi Syeikh kami ini.Al Faqir mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Syeikh kerana sudi mendoakan kepada Al Faqir secara personal touch. Jazakkallahu Khairan Jaza'.

Ahad, 13 Januari 2013

SEJARAH TARIQAH AL-IDRISIAH


Al-Tariqah al-Idrisiah adalah sebuah Tariqah yang muncul dan berpusat di Asir,(Arab Saudi) pada abad ke-19 M. Ia didirikan oleh Syarif Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris 'Ali al-Mashishi al-Yamlakhi al-Hasmi radhiAllahu 'anhu. Semenjak kecil lagi Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu dididik dalam suasana yang penuh dengan kezuhudan dan keilmuan dan telah berguru dengan beberapa ulama dan ahli sufi yang termasyhur di zamannya. Melihat pada latar belakang pendidikan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu, ternyata beliau mempunyai sanad yang merangkumi semua bidang ilmu terutama hadith, tafsir, fiqh (4 mazhab) dan tasawwuf. Sekiranya kita meneliti rantaian sanad yang diperolehi oleh ulama’ dunia seperti al-Muhaddith Tuan Shaykh Yasin al-Fadani radhiAllahu 'anhu, Tuan Shaykh Sayyid Abbas ibn Abdul Aziz al-Maliki radhiAllahu 'anhu, al-Muhaddith Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ibn ‘Alwi al-Maliki radhiAllahu 'anhu dan ulama-ulama lain, kita akan mendapati nama Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu tertera di dalam rijal sanad mereka. Juga, beliau masyhur meriwayatkan hadith Musalsal dan mempunyai sanad ‘Aali [1] misalnya sanad periwayatan di antara Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu dan Imam al Bukhari radhiAllahu 'anhu hanya mempunyai 9 perantaraan. Shaykh Yasin al-Fadani Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki Sayyid Abbas ibn Abd 'Aziz Al-Maliki Selain daripada mempelajari al-Quran, Hadiths, ilmu Tafsir, Aqidah dan Fikh, beliau telah mempelajari ilmu tasawuf sampai mendapat ijazah untuk mengajar ilmunya dari seorang sufi pimpinan Tariqah Khidriah, yakni Tuan Shaykh Sayyid Abu Al-Mawahib Abdul Wahhab at-Tazi radhiAllahu 'anhu. Gurunya yang lain dalam bidang tasawuf adalah Tuan Shaykh Abdul Qosim Al-Wazir radhiAllahu 'anhu(Tariqah Syaziliah) dan Shaykh Hasan Al-Qina’i (Tariqah Khalwatiah) radhiAllahu 'anhu.[2] Di sini nampaknya beliau mendalami dan mengajarkan bermacam Tariqah lainnya. Beliau telah menerima beberapa tariqah seperti Tariqah Naqshabandiah, Qadiriah, dan lain-lain lagi.[3] Juga, diriwayatkan oleh Tuan Shaykh Muhammad bin Ali as-Sanusi radhiAllahu 'anhu bahawa sewaktu dia belajar daripada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu, beliau telah mengajarinya selain Tariqah Khidiriah juga Tariqah lain seperti Nasiriah, Naqsyabandiah, Uwaysiah, Suhrawardiah, Shadziliah, Hatimiyazamqiah dan Qadariah, sehingga Tuan Shaykh Muhammad As-SanusiradhiAllahu 'anhu menganggapnya "Qutb". [4] Yusuf bin Ismail al-Nabhani pengarang kitab Jami' Karamat al-Auliya, menggambarkan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu sebagai orang yang berhasil menghimpun dan menguasai ilmu zahir (syari'ah) dan ilmu batin (tasawuf); memiliki kemasyhuran dalam ilmu al-Quran dan Hadiths, suatu ilmu yang diperoleh melalui Kasyf. Al-‘Arif billah Tuan Shaykh Sayyid Muhammad al-Sanusi radhiAllahu 'anhu menamakan tariqah ini dengan al-Tariqah al-Muhammadiah. Beliau berkata, “Aku meriwayatkan al-Tariqah al-Muhammadiah ini dari pelbagai sanad. Sanad tertinggi yang kami ambil ialah daripada syeikh kami Qutb al-‘Arifin Imam al-Muhaqqiqin Maulana Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu…”[5] Dari sudut keistimewaannya, ia merupakan tariqah yang dinisbahkan kepada Nabi shallAllahu 'alaihi wasallam Semua perkara yang terkandung di dalam tariqah ini, merupakan ambilan dan cedokan daripada Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam dan Sunnahnya. Sementara Shaykh kami, Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu pula menamakan tariqah ini dengan Ahmadiah, sempena dirinya sendiri – semoga Allah menyucikan rohaninya – kerana Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam mengkhususkan tariqah tersebut kepada beliau dengan zikir yang lengkap, doa yang penuh rintihan dan sumber yang banyak.[6] Beliau mendapat ajaran Tariqahnya sendiri langsung daripada Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam [7]. Dalam pertemuan suri di antara Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu dengan Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam itu, Nabi Allah Khidr 'alaihis salam hadir sama. Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam telah mengarahkan Saiyidina Khidr 'alaihis salam supaya mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu akan ayat-ayat dzikir Tariqah Syaziliyah. Kemudian, Baginda shallAllahu 'alaihi wasallam menyuruh Nabi Khidr 'alaihis salam mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu akan dzikir, selawat dan istighfar yang terbesar dan terafdhol sekali. Maka Nabi Allah Khidr 'alaihis salam mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu lafaz Tahlil Khusus, Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir. [8] Dalam pertemuan itu juga, Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam menerangkan kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu sudut keutamaan dan rahsia-rahsia Tahlil Khusus, Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir tadi. Selepas itu Baginda shallAllahu 'alaihi wasallam mentalqinkan dzikir itu kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu tanpa perantaraan. [9] Maka lahirlah sebuah tariqah yang agung yang dipimpin dan disebarkan oleh al-Qutb al-Muhaqiqqin Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu ini. http://www.ahmadiah-idrisiah.com

KECINTAAN KEPADA RASULULLAH SAW DAN AHLI KELUARGA BAGINDA SAW


PENGAJIAN BERSAMA TG SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ALBANJARI


Alhamdulillah. ana dapat bersama-sama hadir menimba ilmu kepada TG Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Albanjari Al Makki di Masjid Bukit Sentosa.

Isnin, 7 Januari 2013

PASTI ADA HIKMAHNYA

Alkisahnya disebutkan bahwasanya dalam sebuah negeri ada seorang Sultan. Baginda mempunyai seorang penasihat yang mana gaji yang sultan bayar kepadanya amat besar semata-mata tujuannya ialah menasihati kepada Sultan dalam sesuatu perkara. Setiap perkara yang berlaku apabila sultan bertanya kepada penasihat itu, maka dengan tenang penasihat itu menjawab " Pasti ada hikmahnya". Apa sahaja yang berlaku bila Sultan minta nasihatnya, maka dia menjawab " pasti ada hikmahnya". Pada suatu hari, Sultan telah ditimpa kemalangan yang mengakibatkan ibu jarinya terputus. Bila ditanya kepada penasihatnya itu, maka penasihat itu menjawab " Tuanku, pasti ada hikmahnya". Setelah mendengar jawapan yang berulangkali perkataan yang sama dari penasihat, Sultan pun murka kepada penasihat kerana merasakan kerugiaan kerana membayar gaji yang besar kepada penasihat yang tidak dapat menasihati baginda tetapi hanya mengatakan " Pasti ada hikmahnya". Maka Sultan telah menjatuhkan hukuman penjara kepada penasihat tersebut.. Pada suatu hati, Sultan telah keluar berburu berseorangan di hutan. Ketika sedang berburu, sultan telah ditangkap oleh oleh asli yang makan daging manusia. Setelah ditangkap, sultan tersebut diikat dan ingin dipotong-potong untuk dimasak.Telah menjadi syarat kepada orang asli tersebut yang mana sekiranya ingin memakan manusia, manusia tersebut mestilah tidak cacat anggotanya.Setelah diperiksa ternyata Sultan adalah orang yang cacat ibu jari tangannya. Maka sultan pun dilepaskan. Setelah dilepaskan, Sultan telah bergegas pulang ke istana dan orang pertama yang tuanku jumpa ialah penasihatnya tadi dan menceritakan segalanya kepada penasihat tersebut.Itulah antara hikmah tangan Sultan terpotong. Penasihat tersebut juga berkata dalam hatinya, aku dipenjarakan juga ada hikmahnya. Sekiranya aku tidak dipenjarakan pasti aku akan disuruh untuk ikut serta berburu.Dan kalau orang asli itu menangkap aku bersama Sultan pada ketika itu, pasti akulah yang disembelih mereka manakala Sultan dilepaskan kerana jari tangan cacat.