...Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad...

IKLAN

SALJI





















Ahad, 9 Disember 2012

IJAZAH SELAWAT AL UMMIYAH

(Syeikh Muhammad bin Nasir Al Dar’ie RA)
“Wahai Allah, sampaikanlah selawat, salam dan keberkatan kepada junjungan dan pemimpin kami, Muhammad yang merupakan Nabi lagi Ummiy, ke atas keluarganya dan para sahabatnya.” Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, saya Al Faqir Ilallah Al Qawi; Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi mengijazahkan Selawat Al Ummiyah ini kepada tuan dan puan. Maka saya mengizinkan pula untuk disebarkan dengan apa cara sekalipun seperti yang telah diijazahkan oleh tuan guru saya Al Imam Maulana Sayyid Muhammad bin Idris Al Idrisi Al Hasani daripada ayahandanya Sayyid Idris bin Muhammad Al Syarif Al Idrisi Al Hasani daripada ayahandanya Sayyid Muhammad Al Syarif bin ‘Abdul ‘Aal Al Idrisi Al Hasani daripada ayahandanya Sayyid ‘Abdul ‘Aal bin Ahmad Al Idrisi Al Hasani daripada ayahandanya Al Imam Al ‘Arifin Wal Qutb Al Muhaqqiqin Sayyid Ahmad bin Idris Al Hasani Al Maghribi daripada Abu Al Mawahib Sayyid ‘Abdul Wahhab At Tazi Al Hasani daripada Syeikh Muhammad bin Ziyan daripada empunya Selawat Al Ummiyah ini iaitu Al Qutub Sayyidi Syeikh Muhammad bin Nasir Al Dar’ie Radhiyallahu ‘Anhum. Saya berpesan kepada diri saya dan saudara sekalian agar bertaqwa kepada Allah SWT dan sentiasa berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat syafaat Rasulullah SAW dan guru salsilah ini pada hari kiamat kelak sehingga melayakkan kita mengecapi nikmat Allah SWT dalam syurga. Amin Diijazahkan oleh: Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al Idrisi Pensyarah AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR PULAU GADONG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan