...Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad...

IKLAN

SALJI





















Khamis, 13 Disember 2012

BETINA vs WANITA

Alhamdulillah. segala puji dan segala bentuk Kemuliaan dan Keagung selyakkan utnuk Allah SWT.Selawat dan salam buat Rasulullah SAW. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai perkara yang menarik pada diri mereka.Itu adalah menunjukkan ketinggian dan kehebatan Allah SWT. Wanita juga sebaik-baik perhiasan sekiranya mereka wanita solehah. Tetapi malangnya oleh kerana kurangnya didikan agama dan pendedahan yang melampau-lampau oleh media massa terutamanya dalam menyebarkan dakwah dan dakyah gaya hidup orang-orang kafir, akhirnya kebanyakkan wanita-wanita islam kita tewas. Gaya dan penampilan mereka sekarang terlalu dahsyat dan boleh diibaratkan seperti periuk api yang aku meletup kalau terpijak. Sekiranya kita buka majalah-majalah di Malaysia, gambar-gambar artis berpelukkan, bercoli dan berpakaian yang menaikkan nafsu shahwat dipaparkan tanpa ada rasa bersalah oleh orang-orang media. Satu soalan yang ingin ditanya, adakah jurugambar @ pengeluar akhbar ini orang Islam atau orang yang menjahanamkan Islam? Wahai wanita-wanita islamku, kembalilah kepada ajaran agamaMu(Islam).Marilah kita ikut apa yang diajarkan oleh Nabi kita Sayyidina Muhammad SAW. Hapuskan kesalahan lalu dengan kita bertaubat kepada Allah SWT sementara nyawa dikandung badan. Wahai Produser filem/Majalah/Akhbar dan sebagainya takutlah kamu kepada Allah SWT. Sesungguhnya jangan hanya keuntungan yang kau kejar semata-mata. Pandanglah kepada wanita islam kita.Bagaimana keadaan meraka?Semaklah semula filem-filem yang kalian keluarkan.Apakah kalian sedang menelanjang wanita Islam Sekarang mereka sedang dihancurkan, ditelanjangkan. Oleh siapa? Oleh orang Islam sendiri. Mereka berpakaian dengan bercoli tapi mereka dibenarkan menyanyi di pentas. Ya ,,Mereka sedang ditelangkan oleh kalian.. Ingatlah kepada semua yang kalian akan ditanya dihadapan Allah SWT....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan