Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Dikesempatan ini ana dengan rasa sukahati dan perasaan tidak sabarnya mengucapkan Ahlan wa sahlan wa marhaban Ya Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini akan kita lalui dengan penuh ketakwaan kepada Allahu Subhana Wataala. Semoga diringankan oleh Allahu Subhana Wataala tubuh, badan dan seluruh anggota zahir dan batin kita dalam mempertingkat ketakwaan dan ketaatan kepada Allahu Subhana Wataala yang Maha Agung. Seperti kata Sheikh Zainul Asri iaitu pada Ramadhan tahun ini,kita pecut tunggangan kita semaksima mungkin dan gunakan highway Ramadhan dengan motorsikal kuasa laju.