...Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad...

IKLAN

SALJI





















Selasa, 18 Disember 2012

BERSAMA USTAZ MUHADIR BIN HJ JOLL

Sedikit biodata ringkas murabbi yang kami kasihi buat semua.. Mungkin ada yang belum mengenali Ustaz Muhadir dan suka untuk saya memperkenalkan siapa beliau. Nama penuh Ustaz ialah Ustaz Muhadir bin Haji Joll, berasal dari Kampung Senari, (sebelum nak ngagak ke Bako, Gobil n lain2). Dilahirkan pada 27 Julai 1976 dan antara pendidikan awal Ustaz ialah di SK Kampung Senari, kemudian menyambung di SMK Agama Matang 2. Ustaz meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Tafsir dan Hadith dan sekarang menyambung pengajian di peringkat kedoktoran (PhD) di Universiti Malaya juga di dalam bidang Tafsir dan Hadith. Antara guru-guru al Fadhil Ustaz ialah Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al Makki, Syaikh Ahmad Fahmi Zam Zam al Nadwi al Maliki, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki al Rembawi, Syaikh Baba Aziz dan ramai lagi Masyaikh. al Fadhil Ustaz merupakan pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Petaling Jaya. al Fadhil Ustaz juga mengendalikan pengajian Talaqi di Uia PJ dan Uia Gombak. Antara buku yang ditulis al fadhil Ustaz ialah 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah, Terbitan Mawleed Publishing (sudah berada di pasaran), Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama', Inilah Jawapannya (akan terbit), Solat Menurut Mazhab Syafi'i (akan terbit) dan banyak lagi. Moga Ustaz akan terus berjaya dalam menegakkan Ahlu Sunnah wal Jama'ah di Malaysia ini, khususnya di bumi Sarawak yang bertuah dipetik dari blog:http://hauramaqsuroh71.blogspot.com/2010/12/biodata-ustaz-muhadir-bin-haji-joll.html

BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD ALI AS SOBOUNI

Alhamdulillah, dapat khidmat kepada Fadhilatus Syeikh. Ambil berkat ulama' walaupun kita ni hamba yang Allah SWT yang hati busuk tapi kita mahu mendekati Ulama untuk mencuci hati ini... Sebelum majlis bersama Syeikh bermula ana sibukkan diri dengan menyediakan minuman air mineral kepada Syeikh.Semoga itu dapat menjadi hujjah kepada ana nanti kepada Allah SWT dalam membantu kemenangan Islam.Allahu Akbar!!!!!!!!

Sabtu, 15 Disember 2012

MEMASUKKAN TANGAN KE DALAM MULUT BUAYA

Ada berani?!!!!!!!! Penulis bersyukur kepada Allah SWT kerana tanganku ini dengan izinNya jua telah dapat masuk kedalam tengkuk buaya. Antara kegunaannya ialah untuk mengubati sakit mulut seprti ulcer dan sebagainya.Biiznillah. Pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan seumur hidup saya....

Khamis, 13 Disember 2012

BETINA vs WANITA

Alhamdulillah. segala puji dan segala bentuk Kemuliaan dan Keagung selyakkan utnuk Allah SWT.Selawat dan salam buat Rasulullah SAW. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai perkara yang menarik pada diri mereka.Itu adalah menunjukkan ketinggian dan kehebatan Allah SWT. Wanita juga sebaik-baik perhiasan sekiranya mereka wanita solehah. Tetapi malangnya oleh kerana kurangnya didikan agama dan pendedahan yang melampau-lampau oleh media massa terutamanya dalam menyebarkan dakwah dan dakyah gaya hidup orang-orang kafir, akhirnya kebanyakkan wanita-wanita islam kita tewas. Gaya dan penampilan mereka sekarang terlalu dahsyat dan boleh diibaratkan seperti periuk api yang aku meletup kalau terpijak. Sekiranya kita buka majalah-majalah di Malaysia, gambar-gambar artis berpelukkan, bercoli dan berpakaian yang menaikkan nafsu shahwat dipaparkan tanpa ada rasa bersalah oleh orang-orang media. Satu soalan yang ingin ditanya, adakah jurugambar @ pengeluar akhbar ini orang Islam atau orang yang menjahanamkan Islam? Wahai wanita-wanita islamku, kembalilah kepada ajaran agamaMu(Islam).Marilah kita ikut apa yang diajarkan oleh Nabi kita Sayyidina Muhammad SAW. Hapuskan kesalahan lalu dengan kita bertaubat kepada Allah SWT sementara nyawa dikandung badan. Wahai Produser filem/Majalah/Akhbar dan sebagainya takutlah kamu kepada Allah SWT. Sesungguhnya jangan hanya keuntungan yang kau kejar semata-mata. Pandanglah kepada wanita islam kita.Bagaimana keadaan meraka?Semaklah semula filem-filem yang kalian keluarkan.Apakah kalian sedang menelanjang wanita Islam Sekarang mereka sedang dihancurkan, ditelanjangkan. Oleh siapa? Oleh orang Islam sendiri. Mereka berpakaian dengan bercoli tapi mereka dibenarkan menyanyi di pentas. Ya ,,Mereka sedang ditelangkan oleh kalian.. Ingatlah kepada semua yang kalian akan ditanya dihadapan Allah SWT....

Rabu, 12 Disember 2012

RAWATAN DEMAM PANAS

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..... Alhamdulillah.Selawat dan salam buat Rasulullah SAW.. Kepada semua pengunjung Blog saya, saya ucapkan ahlan wasahlan. Hari in perkongsian ilmu daripada saya ialah berkenaan rawatan demam panas. Caranya ialah diambil daun betik muda sehelai ditumbuk lumat dan di masukkan kedalam sapu tangan dan perah air daun betik itu ke dalam mulut.Sebaik-baiknya meminum air perahan tersebut tanpa dicampur . Tapi sekiranya tak boleh nak telan, boleh minum dicampur dengan air perahan limau manis.Hendaklah di buat 3X iaitu pagi, tengahari dan malam. Selamat Mencuba...

Ahad, 9 Disember 2012

NUKILAN CINTA BUAT RASULULLAH SAW

Assalamu'alaika Ya Rasulullah SAW. Ya Sayyidi, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan diatas jasa dan pengorbanan Tuan dalam menyebarkan risalah Islam kepada kami. Kami tidak bisa membalas segala jasa dan pengorbanan Tuan kepada kami. kami mohon kepada Allah SWT agar menempatkan Tuan di tempat yang tinggi disisi Allah SWT. Ya Sayyidi, maafkan kami kerana lambat mengenali Tuan dengan sebenar-benarnya. kami alpa dengan keasyikkan dunia sehingga kami lupa kepada cahaya atas segala cahaya. Ya Sayyidi, Tuanlah hamba Allah yang mempunyai akhlak yang agung. Bila disebut nama Tuan meruntunlah jiwa-jiwa yang merindui Tuan. Ya Sayyidi, segala sunnah Tuan akan kami ikuti segala yang terdaya kami.Biar menjadi bukti cinta kami kepada Tuan. Ya Sayyidi, Kami ingin berjumpa dengan Tuan untuk meluahkan kerinduaan didunia dan juga diakhirat nanti. Ya Sayyidi, kami bertawassul kepada Tuan bermohon kepada Allah SWT agar mendoakan kepada kami supaya dapat berjumpa dengan Tuan di dunia dan akhirat serta mendapat syafaat Tuan. Ya Allah kami berselawat ke atas Rasulullah SAW. Segala Puji kami panjat kehadhirat Allah SWT yang memiliki segala kehebatan, kebesaran dan kemuliaan. Amiin.....

IJAZAH SELAWAT AL UMMIYAH

(Syeikh Muhammad bin Nasir Al Dar’ie RA)
“Wahai Allah, sampaikanlah selawat, salam dan keberkatan kepada junjungan dan pemimpin kami, Muhammad yang merupakan Nabi lagi Ummiy, ke atas keluarganya dan para sahabatnya.” Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, saya Al Faqir Ilallah Al Qawi; Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi mengijazahkan Selawat Al Ummiyah ini kepada tuan dan puan. Maka saya mengizinkan pula untuk disebarkan dengan apa cara sekalipun seperti yang telah diijazahkan oleh tuan guru saya Al Imam Maulana Sayyid Muhammad bin Idris Al Idrisi Al Hasani daripada ayahandanya Sayyid Idris bin Muhammad Al Syarif Al Idrisi Al Hasani daripada ayahandanya Sayyid Muhammad Al Syarif bin ‘Abdul ‘Aal Al Idrisi Al Hasani daripada ayahandanya Sayyid ‘Abdul ‘Aal bin Ahmad Al Idrisi Al Hasani daripada ayahandanya Al Imam Al ‘Arifin Wal Qutb Al Muhaqqiqin Sayyid Ahmad bin Idris Al Hasani Al Maghribi daripada Abu Al Mawahib Sayyid ‘Abdul Wahhab At Tazi Al Hasani daripada Syeikh Muhammad bin Ziyan daripada empunya Selawat Al Ummiyah ini iaitu Al Qutub Sayyidi Syeikh Muhammad bin Nasir Al Dar’ie Radhiyallahu ‘Anhum. Saya berpesan kepada diri saya dan saudara sekalian agar bertaqwa kepada Allah SWT dan sentiasa berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat syafaat Rasulullah SAW dan guru salsilah ini pada hari kiamat kelak sehingga melayakkan kita mengecapi nikmat Allah SWT dalam syurga. Amin Diijazahkan oleh: Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al Idrisi Pensyarah AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR PULAU GADONG.

Ahad, 2 Disember 2012

BERSAMA MUSNID ASIA TENGGARA

al-Musnid al-Mu`arrikh ar-Rawiyyah Syeikh Muhammad Husni Ginting Bin Muhammad Hayat Ginting Bin Muhammad Ilyas Ginting Bin Muhammad Soleh Ginting al-Besitani al-Langkati al-Musthafawi al-Husofy al-Azhari, dilahirkan di Besitang Langkat Sumatra Utara pada tanggal 26 Zulqa`idah 1400 hijriyah, membaca al-Qur`an dan mengkhatamkannya kepada Ustazah Siti Jeniyyah pada tahun 1990,pendidikkan Formal beliau : Menamatkan pengajiannya di Maktab Islamiyyah Bukit kubu Besitang pada tahun 1991, menamatkan pendidikkan sekolah dasar di SD Negeri No 050780 Bukit Kubu Besitang, pada tahun 1993 melanjutkan pendidikkannya di Pondok Pesantren Musthafawiyyah Purba Baru dan berhasil mendapat iijazah Stanawiyyah tanggal 31 Mei 1996, sementara mendapatkan ijazah Tsanawiyah pondok pesantren Musthafawiyah pada tahun 1997, pada tanggal 29 Mei 1999 beliau berhasil mendapatkan ijazah Aliyyah, sementara pada tahun 2000 beliau berhasil menamatkan pendidikkan Pondok pesantren Musthafawiyah Purba Baru dan termasuk dari sepuluh besar dari kurang lebih tujuh ratus pelajar yang menamatkan pendidikkannya ketika itu, pada bulan September tahun 2000 beliau melanjutkan pendidikkannya di Fakultas Syari`ah Wal Qanun di University al-Azhar Syarif,dan berhasil meraih syahadah al-Aliyyah ( Lisence ) pada tahun 2004, dan berhasil mendapat Ijazah Defloma Master Ma`had Ali Darasat Islamiyah Kairo pada tahun 17 Januari 2007 M, pada tahun 2007/2008 beliau masuk Fakultas Usuluddin Wa Dakwah University al-Azhar, pada tahun 2010/2011 beliau berada di tingkat empat Jurusan Hadits Syarif dan ilmu. sementara pendidikkan Non Formal beliau adalah : pada tahun 1994 bertemu dengan Syeikh Abdul Malik Raihan al-Mandili dari Pasar Maga dan mengaji dengan beliau sehingga mengkhatamkan kitab Arba`in Nawawiyyah, Matan Ghayah Wa Taqrib,Matan Bidayah Wal Hidayah, Matan Arba`in Syeikh Ismail Zein al-Yamani, dan Syeikh Raihan memberikan ijazah Ammah kepadanya, pada tahun 1995 mulai mengikuti pengajian Syeikh Ibrahim Zannun Lubis al-Mandili sampai tahun 2000, beliau mengikuti pengajian kitab Mukhtasor Sohih Bukhari Abi Jamroh,Hasyiyah Bajuri, Maraqil Ubudiyyah Syarah Bidayah Wal Hidayah,dan Manasik Haji, dan SYeikh Ibrahim Zannun memberikan ijazah ammah kepada beliau, mengikuti pengajian dengan secara khusus kepda Syeikh Mahmuddin Pasaribu, ketua Majlis Ulama daerah Mandailing Natal dan guru besar di Musthafawiyah, beliau mengikuti pengajian Jami` Durus al-Arabiyyah, Kawakibud Duriyyah, Syarah Ibnu Aqil, I`anatut Tholibin, Hasyiyyah Syarqawi, al-Azkar Nawawiyyah, Jam`ul Jawami` dan lain-lainnya, Syeikh MAhmuddin PAsaribu juga memberikan ijazah Ammah kepada beliau, mengikuti pengajian Fathul Majid, Dala`ilul Khairat, Syarah Matan Sullam ( ilmu Mantiq ) kepada Syeikh Mukmin Aali Ruhum al-Mandili, dan mempelajari ilmu falak dan hisab bulan kepada Syeikh Usman bin Daud an-Naqsyabandi di Nabundong, sementara di luar negeri beliau mengikuti pengajian kitan Matan Ghayah Wa Taqrib, Matan Zubad, Tafsir al-Qur`an kepada Mufti Mesir Propesor Doktor Ali Jum`ah al-Azhari, dari tahun 2003 beliau telah mengikuti pengajian Sohih Bukhari kepada Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba`its al-Kattani, beliau juga menghadiri kitab Muwatto`, Fawa`idul Jalilah, Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani memberikan ijazah Ammah kepada beliau, membaca Sohih Bukhari dan Sohih Muslim kepada Syeikh Muhammad Mahmud Abu Hasyim al-Azhari dan mendapatkan ijazah ammah darinya, mengikuti pengajian Tsulatsiyyat Bukhari, Awa`il Ajluniyyah, Syama`il Muhammadiyyah Lit Tirmizi, Sunan Tirmizi kepada SYeikh Usamah bin Sayyid bin Mahmud al-Azhari, mengikuti engajian kitab Mu`atto`Malik dan Musalsaltul Asyarah kepada Syeikh Malik bin Arabi Sanusi, membaca seluruh kitab Matan Arba`in Nawawiyyah kepada Syeikh Abdul Mannan al-Bakistani al-Madani ,mengikuti pengajian kitab Tahzib Misykatil Masobih, Awa`il Wa Awakhir,Tahzib Adabul Mufrad, Nasikh Wa Mansukh,Manaqibu Syafi`i, Adabul Musofahat, Musalsalat dan lain-lainnya kepada Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari, mengikuti pengajian Fathul Qarib Mujib, Riyadhus Solihin, Risalah Imam Abu Daud Ila AHli Makkah dan lain-lainnya kepada Syeikh Mahmud Said Mamduh,mengikuti pengajian Syama`il Muhammadiyyah Nuzhatun Nazhor dan musalsalat kepada Syeikh Sayyid Ibrahim bin Abdullah al-Ahsa`i, mengikuti pengajian kitab Matan Rahabiyyah dan Musalsalat kepada Syeikh Muhammad Abdurrahim Jad Badaruddin, mendengarkan Musalsalat dari Syeikh Muhammad Husni Thamrin al-Banjari, mengambil Tarekat Syazuliyyah al-Husofiyyah kepada Syeikh Mahmud Hamid Awadh as-Syarqawi al-Husofy, Syeikh Muhammad Husni sekarang merupakan Muqaddim Tarekat Husofiyyah asy-SYazuliyyah untuk Daerah Asia Tenggara dan sekitarnya, pemimpin Sahah Husofiyah di Zaqaziq Mesir, beliau mendapat ijazah Ammah lebih dari seratus empat puluh ulama-ulama di duniam baik dari Makkah, Madinah, Mesir, Suria, Lubnan, Pakistan, India, Libya, Maroko, Indonesia, Malaysia dan lain2, diantara hasil karangan beliau adalah : al-Muntakhab Minal Musalsalat, al-Ayatul Mufasholat Fi al-Ahadisi al-Musalsalat, Ghayatur Rusukh Fi Mu`jami Syuyukh, Asanidul Jawiyyin, Awailul Langkatiyyah, Arba`una Hadisan Min Sohih Bukhari `An Riwayati Abi Hurairah, Arba`una Hadisan An Arba`in Kutuban An Arba`in Syaikhan, Asanidul Kutubul Asyarah, Bulughul Amani Fi Man Rawa An Syeikh Muhammad Abdul Hayy al-Kattni,Tobaqatu Syazuliyyah al-Kubra, dan lain-lain, Syeikh Mahmud Said Mamduh al-Qahiri , Syeikh Usamah Said Mahmud al-Azhari , Syeikh Ishom Anas an-Naqsyabandi, Syeikh Majid Iraqi dan lain-lainya menggelar beliau sebagai Musnid Asia Tenggara.

APAKAH ITU ILMU SANAD dan HADIS MUSALSAL?

Menurut Syeikh Muhammad Husni bin Muhammad Hayat Ginting Ilmu sanad ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana caranya kita hendak mengambil sebuah ilmu seperti ilmu hadits dari seorang ulama dengan cara yang dituntun oleh agama, cara tersebut telah diungkapkan para ulama melalui bahagian " Adaa`u wattahammul " terdiri dari delapan cara, diantaranya , mendengar dari Syeikh, membaca kepada Syeikh, dapat ijazah keizinan dari Syeikh, Munawalah dan seterusnya, kemudian jika sudah terkumpul segala yang ambil kemudian di bukukan maka buku tersebut disebut Tsabat, sebab dianya menetapkan siapa saja kita meriwayatkan darinya atau tidak, bahagia masih dikira bawahan, beranjak kepada seorang murid menulis seluruh riwayat dan guru-gurunya denagn menyebutkan biografi sang guru tsiqah atau tidak, ini juga disebut Tsabat yang tergolong ilmu sanad, tetapi pada masa dahulu tujuan ilmu sanad lebih banyak terutama memutuskan Tsiqah atau tidak Tsiqahnya sang perawi dan lain-lain. Hadits musalsal adalah hadits yang diriwayatkan oleh seseorang dari gurunya dengan gaya, cara, kelakuan, sifat, keadaan, yang sama, dan gurunya meriwayatkannya juga seperti itu sehingga sampai kepada Rasulullah SAW, contohnya : Hadits Musalsal Mahabbah ( kasih sayang ), ketika Nabi SAW meriwayatkan hadits Mahabbah, beliau mengatakan kepada Mu`az Bin Jabal. Inni Uhibbuka ( Saya menyayangimu ), demikian juga Mu`az menyebutkan kata-kata tersebut ketika meriwayatkanya kepada Tabi`in, demikian juga Tabi`in, sampai kepada kita sekarang ini, misalnya lagi , hadits musalsal Yaumul A`id ( hari raya ) hadits ini di riwayatkan oleh setiap perawi pada hari raya saja sehingga jadilah dianya Musalsal yang bersangkut dengan masa.