...Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad...

IKLAN

SALJI





















Khamis, 22 September 2011

SETELAH MALAIKAT JIBRAIL A.S DICIPTA


ALLAH S.W.T selesai menciptakan Malaikat Jibrail A.S dengan bentuk yang cantik,dan ALLAH S.W.T menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang,sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap).Setelah itu Malaikat Jibrail A.S memandang dirinya sendiri dan berkata:

“Wahai Tuhanku,adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih daripada aku?
Lalu ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud..”Tidak “
Kemudian Malaikat Jibrail A.S berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada ALLAH S.W.T dan tiap-tiap rakaat itu selama 20,000 tahun.

Rabu, 21 September 2011

KISAH MASJID POKOK


Banyak sudah mukjizat yang nabi(Muhammad S.A.W) bawa ketengah-tengah orang Arab itu nak yakinkan mereka mengatakan dia( nabi Muhammad S.A.W) nabi sungguh.Tapi kena nampak Nabi SAW itu dengan mata hati bukan dengan mata kepala ini.Di antaranya,ada Arab yang tidak percaya dengan kenabian nabi Muhammad S.A.W,tidak percaya dengan Al-Quran. Dia kata aku nak tengok sendiri mukjizat kelebihan kamu(Nabi Muhammad S.A.W)yang dihadapan aku biar aku nampak.Kalau aku nampak aku nak beriman.kalau aku tak nampak dengan mata kepala aku,aku tak nak beriman.Itu yang berlaku yang sekarang ini ada sebuah masjid di Mekah tak jauh daripada masjidil haram ke arah rozzah (padang Arafah)ada sebuah masjid bernama Masjidul Sajara(Masjid Pokok).

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.