...Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad...

IKLAN

SALJI





















Selasa, 13 Ogos 2013

IJAZAH HABIB MUNZIR ALMUSAWA

IJAZAH BERTULIS Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh, kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda, Saudaraku Mohammad Hazri bin Omar yg kumuliakan, hamba ijazahkan pada anda shalawat yg paling hamba cintai, yg diajarkan langsung oleh Rasul saw pada hamba dalam mimpi, yaitu : ALLAHUMMA SHALLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA AALIHI WA SHAHBIHI WASALLIM anda boleh membacanya kapan saja dan berapa saja tanpa batas waktu dan jumlah. hamba Ijazahkan pada anda sanad keguruan hamba kepada anda, yg bersambung sanadnya kepada Guru Mulia kita, hingga Rasulullah saw, ia adalah bagai rantai emas terkuat yg tak bisa diputus dunia dan akhirat, jika bergerak satu mata rantai maka bergerak seluruh mata rantai hingga ujungnya, yaitu Rasulullah saw, semoga Allah swt selalu menguatkan kita dalam keluhuran dunia dan akhirat bersama guru guru kita hingga Rasul saw.

Ahad, 14 April 2013

BELAJARLAH DARI MASA SILAMMU


Alhamdulillah. Segala puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Allah SWT atas nikmat Iman dan Islam yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Alhamdulillah, segala puji bagiMu jua Ya Allah Dzat Yang Maha Suci kerana telah memilih kami sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW.Kekasih kedua selepas Allah SWT dan tiada pengakhirannya. Pengalaman adalah cikgu terbaik yang mengajar kita erti sebuah kehidupan sebagai seorang Muslim yang sejati. Seseorang Muslim itu perlu mengharungi rintangan dan cabaran serta dugaan dalam mencari jalan yang disebut takwa kepada Allah SWT.

Selasa, 9 April 2013

ADAB KITA BERJIRAN


Bismillahirahmanirahim.Kumulai titipan ini dengan ucapan Alhamdulillah.Segala puji kita panjatkan kehadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita.Nikmat dilahirkan sebagai Umat Nabi Muhammad SAW.Selawat dan salam ke atas Sayyidina wa Maulana Muhammad SAW, ke atas ahli keluarga baginda SAW, keatas sahabat baginda SAW dan seluruh para Tabi' Tabien dan orang-orang soleh selama-lamanya.Amin... Nabi SAW bersabda yang bermaksud " Demi Allah 3X, Tidak beriman seseorang kamu sehingga jiran kamu merasa selamat daripada kamu". Tuan/puan yang kumuliakan, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan Tuan/Puan sekalian agar marilah kita menjadi hati dan perasaan jiran kita sebaik mungkin.Jangan kita sakiti perasaan jiran kita.Tunjukkanlah muka yang manis dan senyum apabila berjumpa dengan mereka supaya mereka gembira. Alihkanlah segala benda yang boleh menyakiti mereka.Biarkan pemandangan mata mereka tidak diganggu yang benda-benda yang membuatkan mereka berduka.Janganlah kita mengumpat dan mengata mereka.Marilah kita membela mereka apabila mereka dianiaya dan sebagainya. Semoga Allah SWT dan Rasul SAW suka dan redha kepada kita. Wallahu A'lam.Sollallahu Ala Sayyidina Muhammad SAW.

Isnin, 8 April 2013

PENYEJUK MATAKU


Dari Kiri AlMusnid Syeikh Muhammad Hussain, Almusnidah Siti Khadijah, AlMusnid Syeikh Muhammad Hassan dan AlMusnidah Siti Fatimah Az Zahra Hafizohullahu Taala Ajmain.Amin.:)

KASIH SEORANG AYAH

Seorang ayah amat menyayangi anak-anaknya. Kasih Ibu dan Ayah membawa ke syurga. Kerana redhanya Allah SWT bilamana Ibu dan ayah redha pada anaknya Anak perempuan dan lelaki amat berbeza cara penyampaian kasih itu itu walaupun sama tapi berbeza penyampaiannya.Kesamarataan amatlah kita perlu jaga diantara anak-anak kita kesemuanya.Sentiasalah Ibu dan ayah itu mendoakan mereka dengan doa " Barakallahu fika untuk lelaki dan fiki untuk perempuan.Allahu Faqehum Fiddin WaalimHum Takwil.Amin..:)

BERSELAWATLAH KEATAS RASULULLAH SAW SEBANYAK-BANYAKNYA....

Ya Sayyidi Rasulullah SAW. Kami amat menyintai Tuan. Akhlak Tuan menyebabkan kami jatuh cinta kepada Tuan. Kisah -kisah Tuan kami telusuri yang bisa membuatkan hati ini luluh dan mata ini mengalirkan air mata kerana cintanya ka mi kepada Tuan. Ya Rasulullah SAW, kami ini banyak melakukan dosa dan maksiat.Kami ini umat Tuan yang lemah. Kami cuba sedaya yang terupaya untuk menyampaikan risalah yang Tuan bawa semampu kami sebagi tanda buktinya cinta kami kepada Tuan.Ya Sayyidi Rasulullah SAW izinkan kami memeluk, mencium dan bersama Tuan di dunia dan akhirat.Aminnn...